Etimologi Latitud kuda

Satu penjelasan yang mungkin dan didokumenkan bahawa istilah ini berasal daripada upacara "kuda mati" pelaut. Dalam amalan ini, pelaut akan berarak dengan patung kuda jerami sekitar dek sebelum membuangnya ke laut. Pelaut dibayar sebahagian terlebih dahulu sebelum pelayaran yang panjang, dan mereka sering menghabiskan gaji mereka semua sekali gus, mengakibatkan satu tempoh masa tanpa pendapatan. Jika mereka mendapat pendahuluan daripada pembayar gaji kapal, mereka akan menanggung hutang. Tempoh ini dipanggil tempoh "kuda mati", dan ia biasanya berlanjutan satu atau dua bulan. Majlis pelaut tersebut adalah untuk meraikan langsainya hutang "kuda mati". Memandangkan kapal dari Eropah yang menuju ke barat biasanya sampai ke subtropika pada masa "kuda mati" dilangsaikan, latitud itu telah dikaitkan dengan upacara tersebut.[1]

Satu teori alternatif, kepopularannya yang mencukupi untuk menjadi contoh bagi etimologi rakyat, bahawa istilah latitud kuda berasal dari ketika Sepanyol mengangkut kuda dengan kapal ke tanah jajahan mereka di Hindia Barat dan Amerika. Kapal sering terhenti di tengah laut di latitud ini, dengan teruk memanjangkan waktu pelayaran; kekurangan air menyebabkan mustahil bagi anak-anak kapal untuk membiarkan kuda hidup, dan mereka akan membuang haiwan yang mati atau hampir mati ke laut.[2]

Penjelasan yang ketiga, yang pada masa yang sama menjelaskan kedua-dua latitud kuda utara dan selatan dan tidak bergantung kepada tempoh pelayaran atau pelabuhan berlepas, adalah berdasarkan kepada istilah maritim: sesebuah kapal yang dikatakan 'berkuda' apabila, walaupun ada angin yang tidak mencukupi untuk belayar, kapal masih boleh mara dengan elok melalui kebergantungan kepada arus yang kuat. Ini telah dicadangkan oleh Edward Taube dalam artikelnya "The Sense of "Horse" in the Horse Latitudes" (Journal of Geography, Oktober 1967).[3] Beliau berhujah penggunaan maritim 'berkuda' menggambarkan sebuah kapal yang sedang terbawa oleh arus lautan atau air pasang seperti cara seorang penunggang kuda. Istilah ini telah digunakan sejak akhir abad ketujuh belas. Tambahan pula, The India Directory [4] dalam catatan untuk Fernando de Noronha, sebuah pulau di luar pantai Brazil, menyebutkan ia telah dikunjungi dengan kerap oleh kapal-kapal "yang disebabkan oleh arus yang memacu mereka [ibarat kuda] ke arah barat".